Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aug 12, 2011

2nd Anniversary at Pulau Pangkor (Part 2)

                    Pagi tu kami bangun solat subuh agak lewat.. jam dah menghampiri 7.00pagi.. maklumlah agak penat hari sebelumnya kerana menempuh perjalananan 3 jam setengah di dalam kereta. Selepas sarapan di dalam chalet, kami terus naik motor untuk pusing-pusing pulau pangkor.  Papa, mama & Asyraaf naik motor!!!!!!!! Motor tersebut kami sewa dari tuan chalet RM30 sehari. Ikut tentatif, tempat pertama yang akan kami tuju ialah Bandar pangkor. Tetapi nasib kami kurang baik kerana sebaik sahaja sampai di Pasir Bogak, motor kami telah pancit. Nasib baik pantai Pasir Bogak hanya di tepi jalan. Dengan rasa teruja, kami telah bermain di pantai sambil menunggu tuan motor datang untuk tukar motor yang lain. Motor baru yang kami dapat ialah motor Honda wave 100cc. Ok la berbanding motor sebelum tu yang dah pancit. Suamiku yang tercinta telah membuat keputusan untuk balik semula ke chalet memandangkan kami terpaksa check out dari chalet Pangkor Indah dan check in di Chalet Pangkor Inn. Nak tau kenapa? Sebabnya, sebenarnya aku telah booking chalet pangkor inn selama 2 malam. Tapi owner tu telah pass kat orang lain bilik untuk 16 julai malam. Terpksalah kami ke Pangkor Indah. Dan malam kedua baru kami dapat menginap di Pangkor Inn.  Pangkor Indah lagi best dari Pangkor Inn..


                                  
                Selesai check in kat pangkor Inn, kami rehat dan memulakan perjalanan ke Bandar pangkor. Asyraaf..our handsome boy.. sangat la excited naik motor. Tp sampai je kat Pantai Pasir Bogak, Asyraaf tertido atas motor. Sangat la best angin laut sampai terus tertido dia. Terpaksa la kami berhenti dan berehat di Pasir Bogak sementara menunggu Asyraaaf bagun. Aku letak je Asyraaf atas pasir Beralaskan baju. Mmg xplan bawak pe2 alas pun. Kami pun baring sama atas pasir Pantai Pasir Bogak yang memutih dan bersih. Tak sampai sejam, Asyraaf bangun dan perjalanan kami ke Bandar diteruskan. Tempat pertama kami tuju ialah Kota Belanda. Jap je pusing2 kat c2 sebab panas. 




                                        
              Pastu, kami makan di kedai area pekan pangkor. Dah tak ingat pe namanya. Tp boleh tahan gak la sedap makanannya. Pas makan, kami ke kedai Hasil Laut Pak Su. Best betul tengok ikan kering yang tergantung. Memang fresh.. Kami beli ikan talang besar dengan Harga RM20. Besar betul.. Kedai ni ada cawangan di Jeti Pangkor.
               Destinasi seterusnya ialah ke kedai sourvenir. Sempat la beli sedikit buah tangan untuk di bawa pulang. Kami sudah kepenatan. Sekitar jam 3.30 petang, kami pulang ke chalet untuk solat dan berehat. Sangat tidak sabar nak mandi laut Pangkor yang sangat crystal clear water tu.. Memang sangat cantik. Pas solat Asar kami terus ke Pantai Teluk Nipah untuk bermandi mandi. 

                                       


                               
                                             
             

                                                 


                      Malamnya kami keluar untuk mengisi perut yang lapar. Terjumpa satu kedai yang sangat best. Kedai Makan Senyum Selalu kot namaya. Lauknya best dan murah. RM 50 dapat makan siakap tiga rasa, sotong goreng tepung, kalilan ikan masin, telur dadar, cencaru bakar, fresh orange, sirap n air suam. Murah kan??? Dah la sangat best.. Alhamdulillah.. Pas makan, kami pusing2 untuk menghirup udara malam di Pangkor. Kemudian, balik chalet layan tv sampai tgh malam sampai tertido..GUD NITE…

No comments:

Post a Comment

 

MAMA's Diary..Simple Life.. Happy Family... Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino