Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Jul 25, 2011

2nd Anniversary at Pulau Pangkor (Part 1)


                 16-18 Julai 2011 kami sekeluarga telah ke Pulau Pangkor sempena 2nd anniversary saya dan suami. Memang dah lama betul teringin ke Pulau Pangkor. Sejak belajar kat UTP dulu.. Before masuk UIA.. Kami bertolak dari Klang menuju ke Lumut melalui Kapar, Kuala Selangor, Tanjung Karang, Sabak Bernam, Teluk Intan, Manjung..  Petang tu agak lambat kami bertolak sebab saya  ada kelas tuisyen.  Kami tiba di lumut pada jam 7.15 ptg. Perjalanan mengambil masa 3 jam 15 min dari rumah kami di Rantau Panjang, Klang. Sebelum tu, sempat singgah di Mcd manjung untuk beli bubur Asyraaf. Sampai je di jeti Lumut, dah ada feri yang menunggu. Kami beli tiket dengan harga RM 10 untuk pergi dah balik. Disarankan naik Mesra Feri sebab feri yang lain cam tak bpe best je. Cam rendah dan lemas. Seronok betul dapat menghirup udara laut yang segar. Asyraaf sangat excited sebab ni first time dia naik feri. Sempat la jugak bergambar dalam feri walaupun hari dah beransur gelap. 







           Perjalanan nak ke pangkor mengambil masa lebih kurang 30min ( Xsempat nak set masa. Tp agak2 30 min la..). Feri akan berhemti di jeti sungai pinang sebelum tiba di Jeti Pangkor. Sungai Pinang kat Pangkor jugak. Tapi  disini tiada perkhidmatan teksi disediakan.
          Sangat teruja bila sampai di jeti pangkor sampaikan tertinggal bubur Asyraaf atas feri. Kelam kabut papa g amik. Nasib baik ada lg.. Kami menaiki van pink (seperti dalam gambar) ke chalet dengan harga RM15 1 van. 
 
TEKSI


                   Sampai di chalet, kami berehat dan solat. Kemudian terus turun pusing2 sekitar teluk nipah. Jalan kaki je.. sebab ,,g dekat sangat chalet dari pantai. Memang happening kawasan teluk nipah. Banyak chalet dan gerai tertumpu disini. Weekend di Pangkor sangat pack. .Ramai betul manusia membanjiri Teluk Nipah.  Penat ronda n isi perut, kami pulang ke chalet dan tido. Bersambung next time.. nak g shopping jap..;)

Jul 24, 2011


Jom sediakan Puree dan beras..

            Dulu-dulu masa kerja kelam kabut gak la nak prepare solid food untuk Asyraaf.  Mana tak harunya, masuk kerja kul 8. Nasib baik masa tu opis dekat je. Saya sediakan puree dan beras weekend. So, pagi2 tak ambik masa yang lama sangat nak prepare makanan Asyraaf. 

Cara-cara buat puree.(Boleh gunakan sayur n buah yang berbagai jenis. Ikut suka sendiri. Contohnya brokoli, kentang, cauliflower, bayam n etc. )
1.       1. Carrot dipotong dan di stim sampai masak @ separuh masak.
2.       2. Blend carrot dengan air yang lebih dan pastikan smuanya lumat.
3.       3. Masukkan kedalam bekas2 kecik dan bekukan dalam peti ais. Saya simpan di dalam bekas kiub air batu supaya senang nak amik bila masak. Biasanya saya akan gunakan 2 @ 3  kiub sekali masak.



Cara-cara menyediakan beras:
1.       1. Basuh sekilo beras.
2.       2. Masukkan ke dalam kuali dan goreng tanpa minyak sehingga betul2 kering.
3.       3.  Blend kering beras tadi sehingga betul2 halus.
4.       4. Tapis menggunakan penapis tepung gandum .
5.       5. Simpan beras yang sudah ditapis tadi kedalam bekas kedap udara. Biasanya cukup untuk 2-3 minggu. P/S: Mula2 je saya buat tepung beras. Pastu buat bubur guna beras biasa je lg senang sbb biarkan je atas dapur. Kalo buat tepung, kena kacau2 untuk elakkan berketul2. Tp puree tetap buat cam biasa. hehehe


Cara-cara memasak:
1.       Rendam beras bersama air malam sebelum tido. Kacaukan air dan tepung beras supaya sebati.
2.       Paginya, rebus tepung beras tadi sambil dikacau untuk mengelakkan bubur berketul.
3.       Bila bubur dah masak, masukkan beberapa ketul puree kedalam periuk dan gaul sebati. Boleh masukkan campuran puree seperti carot+brokoli, kentang+ bayam @ etc bergantung kepada kretiviti anda.

NO SUGAR NO SALT sehingga bayi setahun..

Jul 23, 2011

Intro to solid food


Dah lama sangat dah diri ini tidak berblog.. sejak berhenti kerja, rasanya lagi bz la plak.. huhu.. kali ni saya nak cite skit pasal solid food. Beberapa orang kenalan saya ada bertanya tentang solid food bayi. Tu yang tegerak hati rasa nak share kat cni.. Apa yang saya share ialah ilmu yang saya dapat daripada mak(Ketua nurse kat hospital – dah dekat 30 tahun dalam bidang perubatan), kawan-kawan-terutama noen, tanya doktor dan melalui pembacaan di internet.
Ibu-ibu disarankan untuk breastfeed bayi mereka secara ekslusif sehingga berumur 6 bulan. Jika mampu eloklah jika diteruskan sehingga berumur 2 tahun.
Adakah anak anda sudah 6 bulan?? Jika ya, memang sudah sesuai la anak anda diperkenalkan dengan solid food.  Ada sesetengah kawan-kawan saya telah memperkenalkan bayi mereka dengan soild food seawal 2-3 bulan bulan.. SGT AWAL kan?? Kesian perut baby yang kecik itu.. terkejut bila diberi solid food.. sebagai ibu, kt perlu mengikut aturan yang betul supaya perut bayi kita dapat menerima dan memproses makan dengan baik. 

Step 1:
(Tepat 6 bulan) Masak bubur dengan air yang berlebihan. Bila bubur dah masak, amik air bubur (tanpa bubur) dan suap bayi anda. 2 hari sekali dalam masa seminggu @ 2 minggu... Ingat, bubur NO SUGAR NO SALT sampai bayi setahun.. 

Step 2:
(6 bulan-7 bulan) Bila bayi anda dah macam sesuai dengan air bubur dan tiada alahan, boleh start bagi bubur plain. Masak bubur cam biasa then, blend sampai betul2 hancur dan cair. Tapiskan bubur  tadi untuk memastikan tekstur bubur lembut untuk perut bayi anda. Bagi tapisan bubur kepada bayi anda secara berperingkat-peringkat. Contoh: Seminggu 3x @ 4x sehinggalah sekali sehari dah seterusnya 2x @ 3x sehari.

Step 3:
(7 bulan)Bila bayi dah sesuai dengan bubur plain, boleh campur dengan sayur + buah. Masak bubur macam biasa bersama sayur (bayam, brokoli, cauliflower, carrot n etc). Blend sehingga hancur..

Step 4:
(8-9 bulan) Perkenalkan protin kepada bayi. Elok jika diberikan ikan @ ayam organik. Ikan dan ayam juga perlu di blend sehingga betul-betul hancur. 

PENTING: Lakukan pemerhatian terhadap anak anda. Sama ada bayi anda sesuai dengan makanan tersebut @ tidak. Berikan menu yang sama dalam masa 3 @ 4 hari dan perhatikan bayi anda. Pada peringkat awal mungkin bayi anda akan sembelit (@ tidak berak beberapa hari) Ini adalah perkara biasa untuk permulaan. Sebab itulah mula2 kita perlu blend n tapis bubur untuk mengelakkan bayi sembelit.

 

MAMA's Diary..Simple Life.. Happy Family... Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino