Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aug 12, 2011

2nd Anniversary at Pulau Pangkor (Part 2)

                    Pagi tu kami bangun solat subuh agak lewat.. jam dah menghampiri 7.00pagi.. maklumlah agak penat hari sebelumnya kerana menempuh perjalananan 3 jam setengah di dalam kereta. Selepas sarapan di dalam chalet, kami terus naik motor untuk pusing-pusing pulau pangkor.  Papa, mama & Asyraaf naik motor!!!!!!!! Motor tersebut kami sewa dari tuan chalet RM30 sehari. Ikut tentatif, tempat pertama yang akan kami tuju ialah Bandar pangkor. Tetapi nasib kami kurang baik kerana sebaik sahaja sampai di Pasir Bogak, motor kami telah pancit. Nasib baik pantai Pasir Bogak hanya di tepi jalan. Dengan rasa teruja, kami telah bermain di pantai sambil menunggu tuan motor datang untuk tukar motor yang lain. Motor baru yang kami dapat ialah motor Honda wave 100cc. Ok la berbanding motor sebelum tu yang dah pancit. Suamiku yang tercinta telah membuat keputusan untuk balik semula ke chalet memandangkan kami terpaksa check out dari chalet Pangkor Indah dan check in di Chalet Pangkor Inn. Nak tau kenapa? Sebabnya, sebenarnya aku telah booking chalet pangkor inn selama 2 malam. Tapi owner tu telah pass kat orang lain bilik untuk 16 julai malam. Terpksalah kami ke Pangkor Indah. Dan malam kedua baru kami dapat menginap di Pangkor Inn.  Pangkor Indah lagi best dari Pangkor Inn..


                                  
                Selesai check in kat pangkor Inn, kami rehat dan memulakan perjalanan ke Bandar pangkor. Asyraaf..our handsome boy.. sangat la excited naik motor. Tp sampai je kat Pantai Pasir Bogak, Asyraaf tertido atas motor. Sangat la best angin laut sampai terus tertido dia. Terpaksa la kami berhenti dan berehat di Pasir Bogak sementara menunggu Asyraaaf bagun. Aku letak je Asyraaf atas pasir Beralaskan baju. Mmg xplan bawak pe2 alas pun. Kami pun baring sama atas pasir Pantai Pasir Bogak yang memutih dan bersih. Tak sampai sejam, Asyraaf bangun dan perjalanan kami ke Bandar diteruskan. Tempat pertama kami tuju ialah Kota Belanda. Jap je pusing2 kat c2 sebab panas. 




                                        
              Pastu, kami makan di kedai area pekan pangkor. Dah tak ingat pe namanya. Tp boleh tahan gak la sedap makanannya. Pas makan, kami ke kedai Hasil Laut Pak Su. Best betul tengok ikan kering yang tergantung. Memang fresh.. Kami beli ikan talang besar dengan Harga RM20. Besar betul.. Kedai ni ada cawangan di Jeti Pangkor.
               Destinasi seterusnya ialah ke kedai sourvenir. Sempat la beli sedikit buah tangan untuk di bawa pulang. Kami sudah kepenatan. Sekitar jam 3.30 petang, kami pulang ke chalet untuk solat dan berehat. Sangat tidak sabar nak mandi laut Pangkor yang sangat crystal clear water tu.. Memang sangat cantik. Pas solat Asar kami terus ke Pantai Teluk Nipah untuk bermandi mandi. 

                                       


                               
                                             
             

                                                 


                      Malamnya kami keluar untuk mengisi perut yang lapar. Terjumpa satu kedai yang sangat best. Kedai Makan Senyum Selalu kot namaya. Lauknya best dan murah. RM 50 dapat makan siakap tiga rasa, sotong goreng tepung, kalilan ikan masin, telur dadar, cencaru bakar, fresh orange, sirap n air suam. Murah kan??? Dah la sangat best.. Alhamdulillah.. Pas makan, kami pusing2 untuk menghirup udara malam di Pangkor. Kemudian, balik chalet layan tv sampai tgh malam sampai tertido..GUD NITE…

Jul 25, 2011

2nd Anniversary at Pulau Pangkor (Part 1)


                 16-18 Julai 2011 kami sekeluarga telah ke Pulau Pangkor sempena 2nd anniversary saya dan suami. Memang dah lama betul teringin ke Pulau Pangkor. Sejak belajar kat UTP dulu.. Before masuk UIA.. Kami bertolak dari Klang menuju ke Lumut melalui Kapar, Kuala Selangor, Tanjung Karang, Sabak Bernam, Teluk Intan, Manjung..  Petang tu agak lambat kami bertolak sebab saya  ada kelas tuisyen.  Kami tiba di lumut pada jam 7.15 ptg. Perjalanan mengambil masa 3 jam 15 min dari rumah kami di Rantau Panjang, Klang. Sebelum tu, sempat singgah di Mcd manjung untuk beli bubur Asyraaf. Sampai je di jeti Lumut, dah ada feri yang menunggu. Kami beli tiket dengan harga RM 10 untuk pergi dah balik. Disarankan naik Mesra Feri sebab feri yang lain cam tak bpe best je. Cam rendah dan lemas. Seronok betul dapat menghirup udara laut yang segar. Asyraaf sangat excited sebab ni first time dia naik feri. Sempat la jugak bergambar dalam feri walaupun hari dah beransur gelap. 







           Perjalanan nak ke pangkor mengambil masa lebih kurang 30min ( Xsempat nak set masa. Tp agak2 30 min la..). Feri akan berhemti di jeti sungai pinang sebelum tiba di Jeti Pangkor. Sungai Pinang kat Pangkor jugak. Tapi  disini tiada perkhidmatan teksi disediakan.
          Sangat teruja bila sampai di jeti pangkor sampaikan tertinggal bubur Asyraaf atas feri. Kelam kabut papa g amik. Nasib baik ada lg.. Kami menaiki van pink (seperti dalam gambar) ke chalet dengan harga RM15 1 van. 
 
TEKSI


                   Sampai di chalet, kami berehat dan solat. Kemudian terus turun pusing2 sekitar teluk nipah. Jalan kaki je.. sebab ,,g dekat sangat chalet dari pantai. Memang happening kawasan teluk nipah. Banyak chalet dan gerai tertumpu disini. Weekend di Pangkor sangat pack. .Ramai betul manusia membanjiri Teluk Nipah.  Penat ronda n isi perut, kami pulang ke chalet dan tido. Bersambung next time.. nak g shopping jap..;)

Jul 24, 2011


Jom sediakan Puree dan beras..

            Dulu-dulu masa kerja kelam kabut gak la nak prepare solid food untuk Asyraaf.  Mana tak harunya, masuk kerja kul 8. Nasib baik masa tu opis dekat je. Saya sediakan puree dan beras weekend. So, pagi2 tak ambik masa yang lama sangat nak prepare makanan Asyraaf. 

Cara-cara buat puree.(Boleh gunakan sayur n buah yang berbagai jenis. Ikut suka sendiri. Contohnya brokoli, kentang, cauliflower, bayam n etc. )
1.       1. Carrot dipotong dan di stim sampai masak @ separuh masak.
2.       2. Blend carrot dengan air yang lebih dan pastikan smuanya lumat.
3.       3. Masukkan kedalam bekas2 kecik dan bekukan dalam peti ais. Saya simpan di dalam bekas kiub air batu supaya senang nak amik bila masak. Biasanya saya akan gunakan 2 @ 3  kiub sekali masak.



Cara-cara menyediakan beras:
1.       1. Basuh sekilo beras.
2.       2. Masukkan ke dalam kuali dan goreng tanpa minyak sehingga betul2 kering.
3.       3.  Blend kering beras tadi sehingga betul2 halus.
4.       4. Tapis menggunakan penapis tepung gandum .
5.       5. Simpan beras yang sudah ditapis tadi kedalam bekas kedap udara. Biasanya cukup untuk 2-3 minggu. P/S: Mula2 je saya buat tepung beras. Pastu buat bubur guna beras biasa je lg senang sbb biarkan je atas dapur. Kalo buat tepung, kena kacau2 untuk elakkan berketul2. Tp puree tetap buat cam biasa. hehehe


Cara-cara memasak:
1.       Rendam beras bersama air malam sebelum tido. Kacaukan air dan tepung beras supaya sebati.
2.       Paginya, rebus tepung beras tadi sambil dikacau untuk mengelakkan bubur berketul.
3.       Bila bubur dah masak, masukkan beberapa ketul puree kedalam periuk dan gaul sebati. Boleh masukkan campuran puree seperti carot+brokoli, kentang+ bayam @ etc bergantung kepada kretiviti anda.

NO SUGAR NO SALT sehingga bayi setahun..

Jul 23, 2011

Intro to solid food


Dah lama sangat dah diri ini tidak berblog.. sejak berhenti kerja, rasanya lagi bz la plak.. huhu.. kali ni saya nak cite skit pasal solid food. Beberapa orang kenalan saya ada bertanya tentang solid food bayi. Tu yang tegerak hati rasa nak share kat cni.. Apa yang saya share ialah ilmu yang saya dapat daripada mak(Ketua nurse kat hospital – dah dekat 30 tahun dalam bidang perubatan), kawan-kawan-terutama noen, tanya doktor dan melalui pembacaan di internet.
Ibu-ibu disarankan untuk breastfeed bayi mereka secara ekslusif sehingga berumur 6 bulan. Jika mampu eloklah jika diteruskan sehingga berumur 2 tahun.
Adakah anak anda sudah 6 bulan?? Jika ya, memang sudah sesuai la anak anda diperkenalkan dengan solid food.  Ada sesetengah kawan-kawan saya telah memperkenalkan bayi mereka dengan soild food seawal 2-3 bulan bulan.. SGT AWAL kan?? Kesian perut baby yang kecik itu.. terkejut bila diberi solid food.. sebagai ibu, kt perlu mengikut aturan yang betul supaya perut bayi kita dapat menerima dan memproses makan dengan baik. 

Step 1:
(Tepat 6 bulan) Masak bubur dengan air yang berlebihan. Bila bubur dah masak, amik air bubur (tanpa bubur) dan suap bayi anda. 2 hari sekali dalam masa seminggu @ 2 minggu... Ingat, bubur NO SUGAR NO SALT sampai bayi setahun.. 

Step 2:
(6 bulan-7 bulan) Bila bayi anda dah macam sesuai dengan air bubur dan tiada alahan, boleh start bagi bubur plain. Masak bubur cam biasa then, blend sampai betul2 hancur dan cair. Tapiskan bubur  tadi untuk memastikan tekstur bubur lembut untuk perut bayi anda. Bagi tapisan bubur kepada bayi anda secara berperingkat-peringkat. Contoh: Seminggu 3x @ 4x sehinggalah sekali sehari dah seterusnya 2x @ 3x sehari.

Step 3:
(7 bulan)Bila bayi dah sesuai dengan bubur plain, boleh campur dengan sayur + buah. Masak bubur macam biasa bersama sayur (bayam, brokoli, cauliflower, carrot n etc). Blend sehingga hancur..

Step 4:
(8-9 bulan) Perkenalkan protin kepada bayi. Elok jika diberikan ikan @ ayam organik. Ikan dan ayam juga perlu di blend sehingga betul-betul hancur. 

PENTING: Lakukan pemerhatian terhadap anak anda. Sama ada bayi anda sesuai dengan makanan tersebut @ tidak. Berikan menu yang sama dalam masa 3 @ 4 hari dan perhatikan bayi anda. Pada peringkat awal mungkin bayi anda akan sembelit (@ tidak berak beberapa hari) Ini adalah perkara biasa untuk permulaan. Sebab itulah mula2 kita perlu blend n tapis bubur untuk mengelakkan bayi sembelit.

May 28, 2011

Holiday at kl

          Perkara yang agak kelakar yang kami lakukan,, spending weekend kat KL. Siap tido hotel...Huhu..Hotel yang kami stay tu namanya PRINCE HOTEL KL. Sebelah Pavillion KL.. Tempat ni area Bukit Bintang..Kami check In pukul 6 ptg..Dari atas billik boleh nampak smimming pool yang kebiru-biruan..sgt menggoda..yummy2.. tanpa berlengah kami pun turun bawah sbb asyraaf mmg sgt suka swim2 ni.. Fuhh!!!! Geram btl, ada sign board tulis "No pants, no tudung". tau la hotel 5star..Equatorial hotel Cameron Hgland pun 5 star gak.Tp blh je mandi dgn tudung n pants.. Kecewa btl.. Kami pun naik bilik..nasib baik ada bath tab. Puas hatila jugak asyraaf blh berendam..
          Malam tu suamiku yang tercinta ajak makan buffet dinner kat hotel. dengar je harganya 100++ seorang,terus xjadi.Membazir je makan mahal2..last2 kami naik monorail ke Time Square.. Saje nak merasa naik train. Dah lama btl xdatang ke TS ni.. Zaman2 belajar dulu tempat ni la yang selalu dituju.. Dari Prince Hotel tu, xde lajauh sgt jalan nak g stesen Monorial tu.. Dalam 10min je..Stesen Raja Chulan.. Kami stop kat Imbi..dah xingt nak turun ke stesen mana sebenarnya..kena tanya org.Huhu..maklumla dah lama x naik train kan.Kat TS, kami makan Kenny Rogers..Pas makan, main kat Amusement park.. Seronok main.. rindu plak zaman dulu2. Syok2 main, tgk kat luar park tu dah gelap..patutla dah pukul 10.15pm. Smua kedai pun dah tutup. Kami pun beredarla jugak..Niat nak lepak sampai tgh mlm dah terbantut..
         Balik  tu, Abe cakap nak try turun kat stesen Bukit Bintang.Lg dekat dengan hotel katanya..Em, dekat pe..jauh benor.Berpeluh2 nak boleh smp hotel. Dlam 20min jalan kot.. Jauh skitla dari stesen Raja Chulan tu..Cian Abe kene pegang aasyraaf yang dah tertido.. Penat sgt main...Smpai hotel, kami tido...
         Paginya xde aktiviti pun.. lepak2 dalam bilik, pastu chekout n balik!!!!!!!!!Cam ni la rupa bilik hotel kami.. Superior delux.. sape2 yang nak stay KL, blh la duk kat hotel ni yea..





May 15, 2011

Makan gaji VS Kerja sendiri.. Sambungan..

           Post lepas, saya dah janji nak tunjukkan contoh timetable kan. Cubala tgk timetable di atas ni (Ni contoh je yea).. Masa tuisyen bergantung kepada anda la.. Kalo xnak buat malam, mungkin boleh ganti weekend. JOM kt sama2 kira yea berapakah income secara kasar...

Contoh kiraan:
Rate:  RM 35 per jam
1 kelas = 2 jam 

Kalo ikut jadual di atas ni, kelas yg ada ialah 15 KELAS.. So, ada 30 jam..
30xRM35 = RM1050
Tu baru untuk seminggu.. SEBULAN?? RM1050X4 = RM4200...

Ni secara kasar la kan.. Rate bebeza-beza mengikut kawasan dan pengalaman. Puas hati x dapat byk ni? Pg jaga anak.. petang baru start keje...

So, kalo dah rasa ada perancangan nak buat home tuition, boleh la bermula sekarang.. Jom sama-sama kita mengajar anak bangsa sambil mencari rezeki... Ramai sgt parents kat luar sana yang perlukan cikgu tuisyen yang dtg ke rumah... GOOD LUCK.. next post, mungkin saya akan share lg pengalaman sebagai cikgu home tuition (Setelah 7 tahun berpegalaman sdalam bidang ni). Semoga sedikit sebanyak dapat membantu..

** Kat jadual tu ada kesilapan skit.. kelas start 2.00 pm. Bukan 2.30 pm.. ;)








Magoo.. oh magooo


                     Wekend ni  sgt la penat. Me n hubby sgt bersemangat kemas rumah untuk clearkan brg2 xperlu n tukar posisi perabot. Untuk ruang yg lebih selesa..maklumlah, sejak pandai berlari ni, asyraaf perlukan ruang yg lebih :)  Sedang asyik mengemas, terpandangla MAGOO di atas almari.... magoo ni peneman saya ketika tido.. (Dulu2 la. B4 kawin. Sekarang dah ada hubby tercinta. hehe). Nak tau magoo tu pe?



Ni la magoo.. peneman tido masa belajar dulu. Ada citenya cam mn ex pakwe saya bg benda ni. Cite ni berlaku 5 tahun yang lepas.. (masa muda dulu). Masa tu, saya kn warded sbb ada tumor kat tangan. Xingat dah pe nama benda tu.. X bahaya. Tp kn buang la kan. Ex pakwe saya tu, bg la benda ni sebagai peneman dalam wad nnt sbb dia xdapt temankan.. Klaka btl. Benda tu bukannya kecik. Besor btl.. Ex pakwe saya tu kan dah jadi hubby saya dah pun.. hehehe.. (Kira ex pakwe la kan?) Nak tau x besor mana benda ni? ha, tgk gambar bawah ni...


Sma besar dgn saya dah. Besar kan... Dulu tempatnya di atas katil sama dgn saya. Tp sekarang atas almari. Cian dia.. Ada idea x nak buat pe? Nak buang syg la plak.. ;( Kenangan terindah..
 

MAMA's Diary..Simple Life.. Happy Family... Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino