16-18 Julai 2011 kami sekeluarga telah ke Pulau Pangkor
sempena 2nd anniversary saya dan suami. Memang dah lama betul teringin
ke Pulau Pangkor. Sejak belajar kat UTP dulu.. Before masuk UIA.. Kami bertolak
dari Klang menuju ke Lumut melalui Kapar, Kuala Selangor, Tanjung Karang, Sabak
Bernam, Teluk Intan, Manjung.. Petang tu
agak lambat kami bertolak sebab saya ada
kelas tuisyen. Kami tiba di lumut pada
jam 7.15 ptg. Perjalanan mengambil masa 3 jam 15 min dari rumah kami di Rantau
Panjang, Klang. Sebelum tu, sempat singgah di Mcd manjung untuk beli bubur
Asyraaf. Sampai je di jeti Lumut, dah ada feri yang menunggu. Kami beli tiket
dengan harga RM 10 untuk pergi dah balik. Disarankan naik Mesra Feri sebab feri
yang lain cam tak bpe best je. Cam rendah dan lemas. Seronok betul dapat menghirup
udara laut yang segar. Asyraaf sangat excited sebab ni first time dia naik
feri. Sempat la jugak bergambar dalam feri walaupun hari dah beransur gelap.
Perjalanan
nak ke pangkor mengambil masa lebih kurang 30min ( Xsempat nak set masa. Tp
agak2 30 min la..). Feri akan berhemti di jeti sungai pinang sebelum tiba di
Jeti Pangkor. Sungai Pinang kat Pangkor jugak. Tapi disini tiada perkhidmatan teksi disediakan.
Sangat
teruja bila sampai di jeti pangkor sampaikan tertinggal bubur Asyraaf atas
feri. Kelam kabut papa g amik. Nasib baik ada lg.. Kami menaiki van pink (seperti dalam gambar)
ke chalet dengan harga RM15 1 van.
TEKSI |
Sampai di chalet, kami berehat dan solat.
Kemudian terus turun pusing2 sekitar teluk nipah. Jalan kaki je.. sebab ,,g
dekat sangat chalet dari pantai. Memang happening kawasan teluk nipah. Banyak
chalet dan gerai tertumpu disini. Weekend di Pangkor sangat pack. .Ramai betul
manusia membanjiri Teluk Nipah. Penat
ronda n isi perut, kami pulang ke chalet dan tido. Bersambung next time.. nak g shopping jap..;)
No comments:
Post a Comment